Shop

Salam, welcome to shop. This is where the site author lists some of the books he recommends. Most of them are in Malay (sorry..)

To place an order simply whatsapp +601139808729 or email asyhadu22@gmail.com

1
Yes
None
1
1000000
Search...
/shop/
Thumbnail

Categories:

All Books
Stigma
RM30
Stigma Image
Language: Malay. Cerita ini unik kerana topik ini agak taboo dalam kalangan masyrakat Melayu. Ia menampakkan perspektif dari golongan LGBT itu sendiri. Mengisahkan tentang dua orang insan yang mempunyai minat kepada jantina yang sama dengan diri mereka. Apakah jalan yang mereka perlu ambil? Runtuh, melutut kepada nafsu yang tidak diredhai? Atau cuba mencari jalan yang membebaskan diri daripada kezaliman ini? Rating: 3.5/5
Asbabun Nuzul: Edisi Kemas Kini
RM65
Asbabun Nuzul: Edisi Kemas Kini Image

Language: Malay
Author: Zulkifli Mohd Yusoff, Muhammad Mukhlis

 

Memahami peristiwa, memandu pentafsiran.

Buku Asbabun Nuzul: Sebab-Sebab Turunnya Ayat al-Quran ini menghuraikan sejarah dan sebab di sebalik peristiwa turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW berdasarkan hujah dan dalil yang sahih. Buku ini dapat membantu orang awam memahami makna-makna al-Quran dengan lebih mudah dan jelas. Ia mengandungi sejarah setiap surah bermula daripada surah Al-Fatihah sehingga surah An-Nas.

Ia disusun dan ditulis oleh dua orang pakar tafsir al-Quran iaitu Professor Dato’ Dr Zulkifli Mohd Yusoff dan Muhammad Mukhlis dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Dalam percintaan, ada satu pepatah yang terkenal. “Tidak kenal, maka tidak cinta”. Apabila kita mencintai sesuatu tanpa sebarang sebab, nikmat dalam bercinta pasti akan terasa kekurangannya.

Begitu juga sekiranya kita mahu menjadi orang yang mencintai al-Quran. Kita perlu mengenali al-Quran dan mengenal sebab turunnya ayat-ayat al-Quran. Apabila kita mengenalinya, barulah kita dapat merasai betapa indahnya al-Quran. Apabila ayat-ayatnya dibaca dengan penuh kefahaman, hati kita tersentuh, dan ketenangan akan meresap masuk ke seluruh tubuh kita. Jasad yang gersang dengan ketenangan menjadi sangat bahagia, bagaikan tanah gersang yang ditimpa siraman hujan. Pucuk-pucuk iman bercambah subur dan terus membesar menunjangi kepercayaan kita kepada Allah.

Mudah sekali kita memenuhi permintaan orang yang tersayang. Kita memahami permintaan mereka dan tahu apa yang mereka perlukan. Justeru, kita akan melakukan apa sahaja yang dikehendaki dengan penuh kerelaan dan tidak terasa terbeban.

Analogi ini juga sesuai diungkapkan dalam usaha kita mengenali asbabun nuzul. Apabila kita tahu sebab penurunan ayat, memahami bacaan, dan dapat menikmati maksudnya, dengan mudah sekali kita dapat mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya.

Sesuatu ayat tidak mungkin dapat ditafsir dengan sempurna tanpa mengetahui sebab penurunan ayat dan cerita di sebaliknya. Mengetahui sebab turunnya ayat al-Quran adalah jalan yang terang ke arah memahami al-Quran. Apabila kita memahami peristiwa yang berlaku, ia dapat memandu pentafsiran yang tepat kepada al-Quran.

Tanpa mengetahui perkara penting yang menyebabkan ayat al-Quran diturunkan, tafsiran ayatnya boleh terpesong dan mencemarkan kesucian wahyu daripada Allah. Mengetahui asbabun nuzul sangat penting untuk kita menyingkap tabir kesamaran supaya jalan kebenaran menjadi terang.

Usaha kita untuk memahami asbabun nuzul dan mencintai al-Quran pastinya akan dibalas dengan sebesar-besar kurniaan pahala daripada Allah. Walaupun begitu, tidak semua ayat mempunyai sebab penurunannya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui mengapa sesuatu ayat diturunkan tanpa sebab yang khusus.

REVIEW

Kita boleh tersalah tafsir ayat al-Quran jika kita tidak tahu ayat al-Quran itu diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw disebabkan apa. Dalam bahasa arab, ia dipanggil Asbabun Nuzul yang bermaksud, Sebab Turun Ayat.

Setiap ayat di dalam al-Quran ada sebab yang berbeza-beza mengapa ia diturunkan. Contohnya ayat 11 surah an-Nur, “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.”

Ayat ini diturunkan disebabkan oleh Fitnah yang dilemparkan kepada isteri baginda Nabi Muhammad saw, Saidatina Aisyah ra. Kisah peristiwa Hadithul Ifqi ini adalah kisah fitnah yang terbesar yang berlaku di zaman Rasullulah. Fitnah atau gosip yang diperkatakan pada ketika itu sedikit sebanyak mempengaruhi dan orang disekeliling memandang buruk kepada isteri Baginda dengan seorang sahabat Rasullulah saw yang bernama Safwan bin Mu’attal.

Asbabun nuzul penting untuk diketahui dalam memahami dan merenungi suatu ayat. Beberapa faedah dengan memahami asbabun nuzul di antaranya;

Pertama, seseorang dapat mengetahui hikmah di balik syariat yang diturunkan melalui sebab tertentu.

Kedua, dapat mengetahui pelaku atau orang yang terlibat dalam peristiwa yang mendahului turunnya suatu ayat.

Ketiga, seseorang dapat menentukan apakah suatu ayat mengandungi pesan khusus atau umum dan dalam keadaan bagaimana ayat itu mesti diterapkan.

Keempat, seseorang mengetahui bahwa Allah swt selalu memberikan perhatian penuh kepada Rasulullah saw dan selalu bersama para hamba-Nya. Dari keterangan tersebut, semakin jelas pentingnya mempelajari asbabun nuzul dalam memahami makna ayat-ayat Allah.

Para ilmuan islam yang mendalami ilmu al-Quran bersetuju bahawa ayat-ayat al-Quran dapat kita bahagian dalam dua jenis. Satu yang diturunkan oleh sebab peristiwa-peristiwa tertentu atau menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dilontarkan kepada Nabi Muhammad saw. Kedua, jenis ayat yang diturunkan tanpa memerlukan sebab-sebab atau peristiwa-peristiwa tertentu. Asbabun Nuzul adalah salah satu bab untuk kita mengamati al-Quran dengan lebih baik dan cermat.

Mustafa Kamal Ataturk
RM25
Mustafa Kamal Ataturk Image

Language: Malay
Author: Abdul Latip Talib

A historical noverl book about Mustafa Kamal Ataturk, the man who destroyed the Islamic caliphate institution.

Mustafa Kamal Ataturk adalah bapa sekularisme Turki. Lelaki yang memusnahkan institusi khalifah Islam. Dia lelaki yang membawa Barat ke Turki dengan menolak Islam. Dia lelaki yang memberi kisah, untuk kita renungkan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat.

Asbabun Nuzul: Edisi Kemas Kini
RM65
Asbabun Nuzul: Edisi Kemas Kini Image

Language: Malay
Author: Zulkifli Mohd Yusoff, Muhammad Mukhlis

 

Memahami peristiwa, memandu pentafsiran.

Buku Asbabun Nuzul: Sebab-Sebab Turunnya Ayat al-Quran ini menghuraikan sejarah dan sebab di sebalik peristiwa turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW berdasarkan hujah dan dalil yang sahih. Buku ini dapat membantu orang awam memahami makna-makna al-Quran dengan lebih mudah dan jelas. Ia mengandungi sejarah setiap surah bermula daripada surah Al-Fatihah sehingga surah An-Nas.

Ia disusun dan ditulis oleh dua orang pakar tafsir al-Quran iaitu Professor Dato’ Dr Zulkifli Mohd Yusoff dan Muhammad Mukhlis dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Dalam percintaan, ada satu pepatah yang terkenal. “Tidak kenal, maka tidak cinta”. Apabila kita mencintai sesuatu tanpa sebarang sebab, nikmat dalam bercinta pasti akan terasa kekurangannya.

Begitu juga sekiranya kita mahu menjadi orang yang mencintai al-Quran. Kita perlu mengenali al-Quran dan mengenal sebab turunnya ayat-ayat al-Quran. Apabila kita mengenalinya, barulah kita dapat merasai betapa indahnya al-Quran. Apabila ayat-ayatnya dibaca dengan penuh kefahaman, hati kita tersentuh, dan ketenangan akan meresap masuk ke seluruh tubuh kita. Jasad yang gersang dengan ketenangan menjadi sangat bahagia, bagaikan tanah gersang yang ditimpa siraman hujan. Pucuk-pucuk iman bercambah subur dan terus membesar menunjangi kepercayaan kita kepada Allah.

Mudah sekali kita memenuhi permintaan orang yang tersayang. Kita memahami permintaan mereka dan tahu apa yang mereka perlukan. Justeru, kita akan melakukan apa sahaja yang dikehendaki dengan penuh kerelaan dan tidak terasa terbeban.

Analogi ini juga sesuai diungkapkan dalam usaha kita mengenali asbabun nuzul. Apabila kita tahu sebab penurunan ayat, memahami bacaan, dan dapat menikmati maksudnya, dengan mudah sekali kita dapat mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya.

Sesuatu ayat tidak mungkin dapat ditafsir dengan sempurna tanpa mengetahui sebab penurunan ayat dan cerita di sebaliknya. Mengetahui sebab turunnya ayat al-Quran adalah jalan yang terang ke arah memahami al-Quran. Apabila kita memahami peristiwa yang berlaku, ia dapat memandu pentafsiran yang tepat kepada al-Quran.

Tanpa mengetahui perkara penting yang menyebabkan ayat al-Quran diturunkan, tafsiran ayatnya boleh terpesong dan mencemarkan kesucian wahyu daripada Allah. Mengetahui asbabun nuzul sangat penting untuk kita menyingkap tabir kesamaran supaya jalan kebenaran menjadi terang.

Usaha kita untuk memahami asbabun nuzul dan mencintai al-Quran pastinya akan dibalas dengan sebesar-besar kurniaan pahala daripada Allah. Walaupun begitu, tidak semua ayat mempunyai sebab penurunannya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui mengapa sesuatu ayat diturunkan tanpa sebab yang khusus.

REVIEW

Kita boleh tersalah tafsir ayat al-Quran jika kita tidak tahu ayat al-Quran itu diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw disebabkan apa. Dalam bahasa arab, ia dipanggil Asbabun Nuzul yang bermaksud, Sebab Turun Ayat.

Setiap ayat di dalam al-Quran ada sebab yang berbeza-beza mengapa ia diturunkan. Contohnya ayat 11 surah an-Nur, “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.”

Ayat ini diturunkan disebabkan oleh Fitnah yang dilemparkan kepada isteri baginda Nabi Muhammad saw, Saidatina Aisyah ra. Kisah peristiwa Hadithul Ifqi ini adalah kisah fitnah yang terbesar yang berlaku di zaman Rasullulah. Fitnah atau gosip yang diperkatakan pada ketika itu sedikit sebanyak mempengaruhi dan orang disekeliling memandang buruk kepada isteri Baginda dengan seorang sahabat Rasullulah saw yang bernama Safwan bin Mu’attal.

Asbabun nuzul penting untuk diketahui dalam memahami dan merenungi suatu ayat. Beberapa faedah dengan memahami asbabun nuzul di antaranya;

Pertama, seseorang dapat mengetahui hikmah di balik syariat yang diturunkan melalui sebab tertentu.

Kedua, dapat mengetahui pelaku atau orang yang terlibat dalam peristiwa yang mendahului turunnya suatu ayat.

Ketiga, seseorang dapat menentukan apakah suatu ayat mengandungi pesan khusus atau umum dan dalam keadaan bagaimana ayat itu mesti diterapkan.

Keempat, seseorang mengetahui bahwa Allah swt selalu memberikan perhatian penuh kepada Rasulullah saw dan selalu bersama para hamba-Nya. Dari keterangan tersebut, semakin jelas pentingnya mempelajari asbabun nuzul dalam memahami makna ayat-ayat Allah.

Para ilmuan islam yang mendalami ilmu al-Quran bersetuju bahawa ayat-ayat al-Quran dapat kita bahagian dalam dua jenis. Satu yang diturunkan oleh sebab peristiwa-peristiwa tertentu atau menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dilontarkan kepada Nabi Muhammad saw. Kedua, jenis ayat yang diturunkan tanpa memerlukan sebab-sebab atau peristiwa-peristiwa tertentu. Asbabun Nuzul adalah salah satu bab untuk kita mengamati al-Quran dengan lebih baik dan cermat.

Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh (Hardcover)
RM120RM102
Sale
Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh (Hardcover) Image

Language: Malay

Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak.

Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Kita akan menjelajahi lautan ilmu yang penting. Keistimewaan kitab ini:

• Bimbingan bagi membentuk peribadi muslim yang baik

• Kupasan setiap topik berdasarkan al-Quran dan sunah

• Siraman kerohanian bagi membangkitkan keinginan mendekatkan diri kepada Pencipta

• Seruan kegembiraan dan ancaman kedukaan sebagai motivasi dan benteng dalam kehidupan

• Pengarang kitab ini adalah ulamak agung yang mempunyai ilmu yang luasdan kefahaman mendalam berkenaan sunah Rasulullah

****************************
Format: Hardcover
ISBN-13: 978-967-366-133-6
Tarikh Terbit: 30 Apr 2012
Jumlah Muka Surat : 1072
Berat: 1.60 KG
****************************

ISI KANDUNGAN

Bab 1 Ikhlas

Bab 2 Taubat

Bab 3 Sabar

Bab 4 Bersifat Benar

Bab 5 Berasa Bawah Pengawasan Allah

Bab 6 Takwa

Bab 7 Yakin dan Tawakal

Bab 8 Istiqamah

Bab 9 Galakan Berfikir

Bab 10 Segera Melakukan Perkara Baik

Bab 11 Melakukan Sesuatu dengan Bersungguh-Sungguh

Bab 12 Galakan Menambah Amalan Baik pada Akhir Umur

Bab 13 Jalan-Jalan Kebaikan

Bab 14 Sederhana dalam Beribadat

Bab 15 Memelihara Kelangsungan Amalan

Bab 16 Perintah Memelihara Sunah Nabi Muhammad

Bab 17 Wajib Mengikut Hukum Allah

Bab 18 Larangan Bidaah

Bab 19 Memulakan Perbuatan Baik

Bab 20 Menunjukkan Perbuatan Baik

Bab 21 Tolong-Menolong dalam Melakukan Kebaikan dan Takwa

Bab 22 Nasihat

Bab 23 Menggalakkan Kebaikan dan Mencegah Kejahatan

Bab 24 Cakap Tidak Serupa Bikin

Bab 25 Menunaikan Amanah

Bab 26 Haram Menzalimi

Bab 27 Menghormati dan Mengasihi Orang Islam

Bab 28 Menutup Keburukan Orang Islam

Bab 29 Memenuhi Keperluan Orang Islam

Bab 30 Menyalurkan Bantuan

Bab 31 Mendamaikan Sesama Manusia

Bab 32 Kelebihan Orang Islam yang Lemah dan Miskin

Bab 33 Bersikap Lemah Lembut kepada Golongan yang Lemah

Bab 34 Berlemah Lembut dengan Wanita

Bab 35 Hak Suami

Bab 36 Perbelanjaan untuk Ahli Keluarga

Bab 37 Beri Hadiah yang Terbaik

Bab 38 Pastikan Orang Bawahan Mentaati Allah

Bab 39 Hak Jiran

Bab 40 Menghormati Orang Tua

Bab 41 Haram Menderhakai Ibu Bapa

Bab 42 Buat Baik dengan Rakan Bapa

Bab 43 Memuliakan Ahli Keluarga Nabi Muhammad

Bab 44 Memuliakan Ilmuan, Orang Tua, dan Orang Mulia

Bab 45 Menziarahi Orang Baik-baik

Bab 46 Berkasih kerana Allah

Bab 47 Cinta Allah

Bab 48 Tegahan Menyakiti Orang Baik

Bab 49 Menghukum Berdasarkan Bukti Zahir

Bab 50 Takut kepada Allah

Bab 51 Mengharap Kasih Sayang Tuhan

Bab 52 Keutamaan Mengharap Kasih Sayang Tuhan

Bab 53 Antara Takut dan Harap

Bab 54 Kelebihan Menangis

Bab 55 Kelebihan Miskin

Bab 56 Kelebihan Lapar dan Hidup Sederhana

Bab 57 Berpuas Hati dengan Nikmat

Bab 58 Boleh Menerima Pemberian sekiranya Tidak Meminta-Minta

Bab 59 Galakan Bekerja Sendiri

Bab 60 Murah Hati dan Dermawan

Bab 61 Larangan Bersifat Bakhil

Bab 62 Mengutamakan Keperluan Orang Lain

Bab 63 Berlumba-Lumba Mencari Nikmat Syurga

Bab 64 Kelebihan Orang Kaya yang Bersyukur

Bab 65 Mengingati Mati

Bab 66 Doa Ziarah Kubur

Bab 67 Larangan Mengharap supaya Dimatikan Segera

Bab 68 Meninggalkan Perkara yang Diragui

Bab 69 Menjaga Maruah Diri

Bab 70 Kelebihan Bergaul dengan Masyarakat

Bab 71 Merendah Diri

Bab 72 Diharamkan Sifat Takbur

Bab 73 Baik Budi Pekerti

Bab 74 Tenang Selalu

Bab 75 Selalu Memaafkan

Bab 76 Menanggung Keperitan

Bab 77 Marah apabila Hukum Allah Dilanggar

Bab 78 Mengasihi Orang Bawahan

Bab 79 Pemimpin Adil

Bab 80 Wajib Mentaati Pemimpin

Bab 81 Larangan Meminta Jawatan

Bab 82 Mengingatkan Pemimpin supaya Memilih Kawan yang Baik

Bab 83 Dilarang Memberi Jawatan kepada Orang yang Memintanya

Bab 84 Pentingnya Bersifat Malu

Bab 85 Menjaga Rahsia

Bab 86 Menunaikan Janji

Bab 87 Memberi Komitmen kepada Amalan Baik

Bab 88 Tutur Kata Mulia

Bab 89 Galakan Bercakap dengan Jelas

Bab 90 Menjadi Pendengar yang Baik

Bab 91 Bersederhana ketika Memberi Nasihat

Bab 92 Bersikap Tenang

Bab 93 Digalakkan Melakukan Ibadah dengan Tenang

Bab 94 Memuliakan Tetamu

Bab 95 Mengucapkan Tahniah atas Kejayaan

Bab 96 Mendoakan Sahabat

Bab 97 Bermesyuarat

Bab 98 Meluaskan Keberkatan Tempat Melakukan Ibadah

Bab 99 Galakan Mendahulukan Anggota Sebelah Kanan

Bab 100 Membaca Bismillah dan Alhamdulillah

Bab 101 Jangan Mengkritik Makanan

Bab 102 Ucapan Orang Berpuasa apabila Diajak Makan

Bab 103 Ucapan Tetamu Undangan Majlis Makan

Bab 104 Adab Makan dan Nasihat untuk Orang yang Kurang Sopan Cara Makannya

Bab 105 Larangan Makan Dua Biji Kurma Sekaligus

Bab 106 Nasihat kepada Orang yang Makan tetapi Tidak Kenyang

Bab 107 Makan dari Tepi Pinggan

Bab 108 Tegahan Makan Sambil Bersandar

Bab 109 Makan dengan Tiga Jari

Bab 110 Makan Beramai-ramai

Bab 111 Etika ketika Minum

Bab 112 Makruh Minum dari Lubang Beg Kulit

Bab 113 Makruh Meniup Minuman

Bab 114 Boleh Minum Sambil Berdiri tetapi Lebih Baik Duduk

Bab 115 Orang yang Memberi Minum kepada Orang Lain Seeloknya Minum Akhir Sekali

Bab 116 Bekas Minuman

Bab 117 Galakan Memakai Pakaian Berwarna Putih

Bab 118 Galakan Memakai Jubah

Bab 119 Had Labuh Pakaian

Bab 120 Galakan Berpakaian Biasa

Bab 121 Galakan Berpakaian Cantik

Bas 122 Memakai Pakaian daripada Sutera

Bab 123 Memakai Pakaian daripada Sutera bagi Tujuan Rawatan

Bab 124 Larangan Duduk di atas Kulit Harimau

Bab 125 Doa Ketika Memakai Pakaian Baru

Bab 126 Sunah Mendahulukan Anggota Kanan ketika Memakai Pakaian

Bab 127 Etiket Tidur dan Baring

Bab 128 Dibenarkan Baring Telentang. Duduk Bersila, dan Duduk Sambil Memeluk Kedua-Dua Betis

Bab 129 Etiket Duduk dalam Majlis

Bab 130 Mimpi

Bab 131 Kelebihan Memberi Salam dan Perintah supaya Menyebarkan Salam

Bab 132 Cara Memberi Salam

Bab 133 Etiket Bersalam

Bab 134 Mengulang-ulang Salam

Bab 135 Galakan Memberi Salam apabila Memasuki Rumah Sendiri

Bab 136 Memberi Salam kepada Kanak-kanak

Bab 137 Salam Lelaki kepada Perempuan

Bab 138 Salam kepada Bukan Islam

Bab 139 Salam Sebelum Mengundurkan Diri

Bab 140 Etiket Meminta Izin

Bab 141 Etiket Memperkenalkan Identiti Diri

Bab 142 Doa untuk Orang Bersin

Bab 143 Etiket Meraikan Pertemuan dan Perpisahan

Bab 144 Menziarahi Orang Sakit

Bab 145 Doa untuk Orang Sakit

Bab 146 Galakan Bertanya Keadaan Pesakit

Bab 147 Bacaan untuk Orang yang Putus Harapan

Bab 148 Sunat Berpesan kepada Keluarga Orang yang akan Mati supaya Berbuat Baik kepadanya

Bab 149 Kebenaran Mengaduh Kesakitan

Bab 150 Mengajar Mengucap kepada Orang yang Hampir
Meninggal Dunia

Bab 151 Bacaan selepas Menutup Mata Jenazah

Bab 152 Berdoa untuk Jenazah

Bab 153 Dibenarkan Menangisi Jenazah

Bab 154 Tidak Membuka Aib Jenazah

Bab 155 Sembahyang Jenazah dan Mengiringi Jenazah

Bab 156 Galakan Meramaikan Sembahyang Jenazah

Bab 157 Bacaan dalam Sembahyang Jenazah

Bab 158 Menyegerakan Pengurusan Jenazah

Bab 159 Segera Membayar Hutang Si Mati

Bab 160 Nasihat di Tanah Perkuburan

Bab 161 Doa untuk Jenazah selepas Dikebumikan

Bab 162 Memberi Sedekah bagi Pihak Jenazah dan Berdoa untuknya

Bab 163 Pujian kepada Jenazah

Bab 164 Kelebihan Orang yang Kematian Anak Kecil

Bab 165 Galakan Menangis Semasa Lalu di Kawasan Perkuburan
Orang Zalim

Bab 166 Sunat Memulakan Perjalanan pada Pagi Khamis

Bab 167 Sunat Berjalan dalam Kumpulan

Bab 168 Etiket dalam Perjalanan

Bab 169 Membantu Kawan

Bab 170 Doa apabila Menaiki Kenderaan

Bab 171 Bacaan apabila Naik dan Turun Bukit

Bab 172 Berdoa dalam Perjalanan

Bab 173 Doa Sewaktu Takut

Bab 174 Doa apabila Menginap

Bab 175 Galakan Segera Pulang selepas Selesai Tugas

Bab 176 Galakan Pulang ke Rumah Waktu Siang

Bab 177 Doa Pulang daripada Perjalanan Jauh

Bab 178 Galakan Masuk Masjid

Bab 179 Perempuan Diharamkan Berjalan Jauh Seorang Diri

Bab 180 Kelebihan Membaca Al-Quran

Bab 181 Perintah Sentiasa Membaca Al-Quran

Bab 182 Galakan Membaca Al-Quran dengan Suara yang Merdu

Bab 183 Galakan Membaca Surah dan Ayat-ayat Tertentu

Bab 184 Galakan Berkumpul untuk Membaca Al-Quran

Bab 185 Kelebihan Berwuduk

Bab 186 Kelebihan Azan

Bab 187 Kelebihan Sembahyang

Bab 188 Kelebihan Sembahyang Subuh dan Asar

Bab 189 Kelebihan Berjalan Menuju ke Masjid

Bab 190 Kelebihan Menunggu Waktu Sembahyang

Bab 191 Kelebihan Sembahyang Berjemaah

Bab 192 Galakan Bersembahyang Subuh dan Isyak secara Berjemaah

Bab 193 Perintah Memelihara Sembahyang Wajib

Bab 194 Kelebihan Sembahyang di Barisan Pertama

Bab 195 Kepentingan Sembahyang Sunat Rawatib

Bab 196 Sembahyang Sunat Subuh

Bab 197 Sembahyang Sunat Subuh dengan Ringkas

Bab 198 Galakan Berbaring Selepas Menunaikan Sembahyang
Sunat Subuh

Bab 199 Sembahyang Sunat Zuhur

Bab 200 Sembahyang Sunat Asar

Bab 201 Sembahyang Sunat Sebelum dan Selepas Maghrib

Bab 202 Sembahyang Sunat Sebelum dan Selepas Isyak

Bab 203 Sembahyang Sunat Jumaat

Bab 204 Galakan Bersembahyang Sunat di Rumah

Bab 205 Galakan Sembahyang Witir

Bab 206 Kelebihan Sembahyang Duha

Bab 207 Waktu Terbaik bagi Sembahyang Sunat Duha

Bab 208 Sembahyang Masuk Masjid

Bab 209 Sembahyang Sunat Selepas Berwuduk

Bab 210 Kelebihan Hari Jumaat

Bab 211 Galakan Melakukan Sujud Syukur

Bab 212 Kelebihan Menghidupkan Malam dengan Beribadah

Bab 213 Galakan Sembahyang Sunat Tarawih pada Malam
Bulan Ramadan

Bab 214 Kepentingan Beribadah pada Malam Al-Qadar

Bab 215 Kelebihan Menggosok Gigi

Bab 216 Kewajipan Membayar Zakat

Bab 217 Berpuasa pada Bulan Ramadan

Bab 218 Amalan pada Bulan Ramadan

Bab 219 Larangan Berpuasa selepas Pertengahan Bulan Syaaban

Bab 220 Doa ketika Melihat Anak Bulan

Bab 221 Kelebihan Bersahur dan Melewatkan Masanya

Bab 222 Segera Berbuka Puasa

Bab 223 Perintah kepada Orang yang Berpuasa supaya Menjaga Lidah
dan Anggota Badan

Bab 224 Permasalahan Puasa

Bab 225 Kelebihan Berpuasa pada Bulan Muharam, Syaaban, Rejab,
Zulkaedah, dan Zulhijah

Bab 226 Kelebihan Berpuasa dan Beribadah pada Sepuluh Hari
Pertama Bulan Zulhijah

Bab 227 Kelebihan Berpuasa pada Hari Arafah, ‘Asyura, dan Tasu’a

Bab 228 Berpuasa Sunat Enam Hari pada Bulan Syawal

Bab 229 Berpuasa Sunat pada Hari Isnin dan Khamis

Bab 230 Digalakkan Berpuasa Sunat Tiga Hari pada Setiap Bulan

Bab 231 Kelebihan Memberi Makan Orang yang Berpuasa

Bab 232 Kelebihan Iktikaf

Bab 233 Kewajipan dan Kelebihan Haji

Bab 234 Kelebihan Berjihad

Bab 235 Golongan yang Mati Syahid

Bab 236 Kemuliaan Membebaskan Orang Suruhan

Bab 237 Mulianya Melayan Orang Suruhan dengan Baik

Bab 238 Mulianya Orang Suruhan yang Menjalankan Tanggungjawab kepada Allah dan Tuannya

Bab 239 Kelebihan Melakukan Ibadah ketika Waktu Huru-Hara

Bab 240 Kemuliaan Bermurah Hati dalam Hal Berniaga dan Hutang Piutang

Bab 241 Kelebihan Ilmu

Bab 242 Kelebihan Memuji dan Bersyukur kepada Allah

Bab 243 Galakan Memberi Penghormatan kepada Nabi Muhammad

Bab 244 Kelebihan dan Galakan Berzikir

Bab 245 Berzikir kepada Allah dalam Setiap Keadaan

Bab 246 Doa Hendak Tidur dan Bangun daripada Tidur

Bab 247 Kelebihan Menghadiri Majlis Zikir

Bab 248 Zikir ketika Pagi dan Petang

Bab 249 Doa ketika Hendak Tidur

Bab 250 Kelebihan Berdoa

Bab 251 Kelebihan Berdoa untuk Orang Lain Tanpa Pengetahuannya

Bab 252 Doa untuk Keadaan Tertentu

Bab 253 Keramat Para Wali Allah

Bab 254 Larangan Mengumpat

Bab 255 Haram Mendengar Umpatan

Bab 256 Umpat yang Dibenarkan

Bab 257 Tegahan Menghasut

Bab 258 Larangan Membodek Pemimpin

Bab 259 Mencela Si Talam Dua Muka

Bab 260 Haram Menipu

Bab 261 Bohong yang Dibenarkan

Bab 262 Galakan Mengkaji Maklumat yang Diterima

Bab 263 Larangan Menjadi Saksi Palsu

Bab 264 Larangan Melaknat Manusia ataupun Haiwan

Bab 265 Dibenarkan Mengutuk Pelaku Maksiat

Bab 266 Larangan Mencaci Orang Islam

Bab 267 Larangan Mencaci Orang yang Sudah Mati

Bab 268 Tegahan Menyakiti Orang

Bab 269 Larangan Saling Membenci

Bab 270 Haram Hasad Dengki

Bab 271 Larangan Mencungkil Rahsia

Bab 272 Larangan Bersangka Buruk Sesama Orang Islam

Bab 273 Haram Menghina Orang Islam

Bab 274 Larangan Menunjukkan Rasa Puas Hati apabila Orang Islam Ditimpa Kesusahan

Bab 275 Haram Menghina Keturunan

Bab 276 Larangan Menipu

Bab 277 Haram Mungkir Janji

Bab 278 Larangan Mengungkit-Ungkit Pemberian

Bab 279 Larangan Bersikap Angkuh

Bab 280 Haram Tidak Bertegur Sapa

Bab 281 Larangan Berbisik

Bab 282 Larangan Menyeksa

Bab 283 Haram Membakar Haiwan

Bab 284 Haram Orang Kaya Melambatkan Membayar Hutang

Bab 285 Makruh Mengambil Semula Barang yang Diberi

Bab 286 Haram Makan Harta Anak Yatim

Bab 287 Beratnya Pengharaman Riba

Bab 288 Diharamkan Menunjuk-Nunjuk

Bab 289 Perkara yang Tidak Termasuk dalam Bab Menunjuk-Nunjuk

Bab 290 Haram Memandang Lelaki dan Perempuan

Bab 291 Haram Berdua-Duaan dengan Perempuan yang Boleh Dikahwini

Bab 292 Haram Lelaki Meniru Perempuan dan Sebaliknya

Bab 293 Larangan Meniru Syaitan dan Orang Bukan Islam

Bab 294 Larangan Mewarnakan Rambut dengan Warna Hitam

Bab 295 Larangan Mencukur Sebahagian Rambut Kepala

Bab 296 Haram Menyambung Rambut, Memakai Rambut Palsu, Bertatu, dan Merenggangkan Gigi

Bab 297 Larangan Mencabut Uban

Bab 298 Larangan Mencuci Najis selepas Buang Air dengan Tangan Kanan

Bab 299 Larangan Memakai Sebelah Sahaja Kasut

Bab 300 Larangan Membiarkan Api Menyala

Bab 301 Larangan Menyusahkan Diri dalam Hal yang Tidak Perlu

Bab 302 Haram Meratapi Mayat

Bab 303 Tegahan Berjumpa Bomoh dan Tukang Tilik

Bab 304 Larangan Percaya Sesuatu Perkara Boleh Membawa Sial

Bab 305 Haram Membuat Patung

Bab 306 Haram Membela Anjing

Bab 307 Makruh Menggantung Loceng pada Binatang

Bab 308 Makruh Menunggang Binatang yang Makan Najis

Bab 309 Larangan Meludah di Masjid

Bab 310 Makruh Bertengkar dan Bercakap Kuat di dalam Masjid

Bab 311 Larangan Makan Makanan Berbau semasa Hendak ke Masjid

Bab 312 Makruh Duduk Memeluk Paha ke Perut Semasa Imam sedang Berkhutbah Jumaat

Bab 313 Larangan Memotong Rambut ataupun Kuku

Bab 314 Larangan Bersumpah dengan Sesuatu Selain Allah

Bab 315 Berat Dosa Sumpah Bohong

Bab 316 Sunat Menebus Sumpah apabila Lebih Baik Dilakukan Begitu

Bab 317 Dimaafkan Sumpah yang Tidak Sengaja

Bab 318 Makruh Bersumpah dalam Urusniaga Walaupun Bercakap Benar

Bab 319 Meminta dengan Nama Allah

Bab 320 Larangan Memberi Gelaran ‘Raja Segala Raja’

Bab 321 Larangan Memanggil ‘Tuan’ kepada Orang Jahat

Bab 322 Makruh Mencaci Demam

Bab 323 Larangan Mencaci Angin

Bab 324 Makruh Mencaci Ayam

Bab 325 Larangan Percaya Hujan Turun Disebabkan oleh Bintang

Bab 326 Haram Memanggil Orang Islam, ‘Wahai Orang Kafir!’

Bab 327 Larangan Bermulut Celupar

REVIEW

Kehebatan kitab ini sesuai dengan keindahan namanya. Kitab ini menjadi rujukan utama bagi para ulama dan orang Islam di seluruh dunia. Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi, yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Beliau adalah anak murid kepada Imam al-Syafie yang mengasaskan Mazhab Syafie. Imam Nawawi adalah ulama agung yang dikurniakan dengan keluasan ilmu dan kefahaman yang mendalam berkenaan sunnah Rasulullah.

Rujukan yang sahih adalah petunjuk yang benar. Kitab ini mendapat kedudukan yang tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Riyadus Solihin menghimpunkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih dalam membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Tiga topik ini sangat penting dan menjadi asas keimanan kita.

Lebih-lebih lagi kita berada pada akhir zaman. Perkara sunnah dan bidaah bercampur-baur dalam kehidupan seharian kita. Dengan kecetekan ilmu, kita sukar membezakan antara sunnah dan bidaah. Begitu juga dengan hadis. Kebanjiran hadis palsu mendatangkan kekeliruan dalam beragama. Untuk mengelakkan kita lemas dalam lautan ilmu, kitab ini boleh menjadi pembimbing dan penyelamat kita.

Sesuai dengan namanya yang indah, kitab Riyadus Solihin ini mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Semuanya berlaku dengan izin Allah. Taman orang soleh, itulah makna bagi Riyadus Solihin. Kitab ini ditujukan khas oleh penulisnya, Imam Nawawi kepada seluruh umat Islam. Himpunan ayat al-Quran dan hadis sahih menjadi siraman kerohanian yang membenihkan amal dan menyuburkan iman.

Rumah kita yang dianggap sebagai syurga sangat sesuai sekiranya dihiasi dengan sebuah taman. Maka, Riyadus Solihin, Taman Orang Soleh sangat wajar menjadi pelengkap untuk menghiasi rumah kita. Satu rumah, satu Riyadus Solihin.

Falsafah Hidup -HAMKA
RM24
Falsafah Hidup -HAMKA Image
Language: Malay Author: Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA) Review Penulis Website: Antara buku terbaik yang pernah dibaca. Sebuah buku yang membuka dimensi-dimensi pemikiran dan mengajak pembaca menilai semula kehidupan. Ia membawa manusia untuk memikirkan perkara-perkara penting dalam kehidupan dan masyarakat, misalnya, akal vs nafsu, kemerdekaan sebenar, budi, kesederhanaan, keadilan, persahabatan, dan lain-lain. Sinopsis: Buku ini antara magnum opus HAMKA yang tidak dapat disangkal lagi kehebatannya, malah sering menjadi rujukan khususnya di nusantara. Takjub, hairan, dan terasa bahawa diri kita dipenuhi oleh tanda tanya, seribu macam ataupun satu tanda tanya. "Apakah ini? Dari manakah datangnya? Apakah kesudahannya?" Rahsia dan penuh rahsia. Bila sedang berfikir hendak menyelidiki, hendak tahu apakah rahsia itu, kembalilah segala tanya yang sulit tadi kepada yang bertanya, "Mengapa saya bertanya? Siapa saya?" Rahsia. Demikianlah terus menerus, falsafah tidak akan berhenti, selama manusia masih berfikir selama manusia masih bertanya, selama batin manusia masih merasa adanya rahsia itu.
Quran Saintifik Edisi Kemas Kini
RM40
Quran Saintifik Edisi Kemas Kini Image
Language: Malay Author: Dr. Danial Zaibal Abidin Buku perlu milik oleh semua yang cenderung untuk memahami kefahaman yang lebih tinggi terhadap al-Quran dan alam semula jadi. Sains dan Islam memang tidak dapat dipisahkan. Hal ini disebabkan umat Islam disuruh Allah untuk mengkaji rahsia alam semesta secara sistematik. Dalam surah Al-Ghasyiah ayat 17 hingga 20, Allah menyatakan yang bermaksud, “Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.” Malah lebih daripada itu, Allah memuliakan golongan yang suka mengkaji alam dan menggelar mereka sebagai ulul albab, golongan yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. Rangsangan daripada ayat-ayat ini dan yang seumpamanya berjaya melahirkan ramai saintis daripada kalangan umat Islam. Malah sains moden tidak akan berkembang tanpa saintis-saintis beragama Islam ini. Quran Saintifik Edisi Kemas Kini menghidangkan kepada pembaca tentang keagungan Tuhan dan kehebatan mukjizat Al-Quran melalui kacamata Islam dan sains. Buku ini juga membahaskan secara terperinci penemuan-penemuan saintifik yang terkini serta fenomena-fenomena sains yang membenarkan Al-Quran.
Nik Abdul Aziz Nik Mat: Pemikiran dan Kebijakan Berpolitik
RM35
Nik Abdul Aziz Nik Mat: Pemikiran dan Kebijakan Berpolitik Image
Language: Malay Author: Annual Bakri Haron Sesungguhnya, menelusuri tentang pemikiran dan kebijakan kepimpinan Nik Abdul Aziz lewat buku ini bagaikan berkisah tentang hikayat seribu satu malam. Ini bukan justeru kisahnya bersifat terapung dan tidak berjejak di bumi nyata, tetapi kerana kejujuran diri beliau melahirkan himpunan naratif yang jujur. Pada saya, himpunan tulisan ini berbekas. Penulis tahu bagaimana nak meletak dan mengisikan bekas itu dengan sikap perhambaan tokoh yang dirujuknya. Jauh sekali dari masih bersifat pencarian, tema terbesar buku ini adalah penyerahan setelah Tok Guru menemui jalan pedomannya ke hadapan. Tok Guru bukan lagi mencari bahkan telah menerokai sebuah keyakinan yang lama diimaninya lalu membawanya ke tengah-tengah medan untuk dikongsikan bersama. Tok Guru dan saya - lebih dari bapa dan si anak. Lebih dari kawan biasa. Lebih dari guru di sebuah pertapaan. Tangan beliau yang saya genggami, masih terasa erat. Hujung kaki beliau, enggan saya lepaskan. Kata-katanya, masih berbekas bukan sahaja di telinga saya, bahkan di jiwa. Lantaran itu, dengan kelahiran buku ini, ia menjadi penawar duka perpisahan kami. Catatan yang menyegarkan semula ingatan. Nota-nota untuk bekal perjalanan ke hadapan. Ramuan berkhasiat untuk jiwa dan pemikiran. Peta untuk tidak ralat. Peringatan yang berguna. Dan ukiran sejarah Tok Guru atas kertas memudahkan rakaman sejarah yang berpanjangan.
Setia Dengan Kebenaran
RM30
Setia Dengan Kebenaran Image
By: Hasrizal Abdul Jamil Language: Malay Buku Setia Dengan Kebenaran adalah kumpulan artikel bernada travelog santai berinitipatikan persoalan yang serius dan isu yang rumit. Penulis merungkai, mengkritik, memberikan pandangan berkaitan isu semasa, budaya, kebekuan mentaliti masyrakat, sambil menawarkan solusi dan sudut pandang yang lebih sejahtera dengan rujukan nas utama agama: Al-Quran dan Al-Sunnah. Pelbagai persoalan yang dikemukakan dicungkil daripada perjalanan penulis sepanjang hidupnya. Dengan judulnya "Setia Dengan Kebenaran", penulis mengajak kepada semua pembaca supaya kekal setia dengan kebenaran meskipun berada dalam kelompok minoriti dan terasing.
Karma (Sekuel dari Novel Stigma)
RM30
Karma (Sekuel dari Novel Stigma) Image
Language: Malay. Sekuel kepada Novel Stigma oleh Muharikah. Watch the trailer: https://youtu.be/xO4IeoiGjuc
Hiatus
RM28
Hiatus Image
Langguage: Malay. Penulis: Budak Tomato. Hidup ini perjalanan yang akhirnya bukan pada mati. Buku ini baris-baris tulisan pada kamu, Tapi setiap baris-baris ini ibarat garis-garis luka torehan pada lengan dan peha aku. Buku ini sekadar buku pada kamu. Tapi buku ini dipenuhi rahsia aku. Buku ini mungkin sekadar cerita menagih simpati pada hematmu. Tapi buku ini luahan jiwa gersang yang memerlukan cinta, pada aku. Yang kamu pegang ini lebih daripada sebuah buku. Ini sebahagian daripada jiwa aku. Ini luka aku. Ini kecewa aku. Ini ubat penenang aku. Ini cinta aku. Ini air mata aku. Dan ini, realiti aku. Ini mungkin, fiksyen kamu. Tapi bukan, pada aku.
Sultan Muhammad Al Fateh: Edisi Ke-2
RM24
Sultan Muhammad Al Fateh: Edisi Ke-2 Image

Language: Malay
Author: Abdul Latip Talib

Sinopsis

Novel ini sudah disemak faktanya oleh Panel Penyemak daripada Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”

– Ahli Sejarah Byzantine

Kisah perjuangan Sultan Muhammad Al-Fateh bagi menawan kota yang paling kebal pada abad pertengahan, Kota Konstantinopel. Kota ini dikhabarkan tidak akan mampu ditakluki oleh sesiapa pun. Dia lahir menjadi panglima yang mengukuhkan Empayar Uthman Turki.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”
(H.R Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335) 

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.

Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh), “Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa

Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.

 

Review

Lemahnya jiwa di kalangan umat islam hari ini adalah kerana mereka telah hilang semangat juang jihad dalam diri. Ini ingatan untuk saya juga yang selalu lalai. Barangkali ini juga yang menangguhkan kemenangan umat Islam hari ini. Mungkin kita boleh mengambil ibrah dari sirah kemenangan Kota Konstantinopel pada tangan umat Islam. -Basmin Maarof

Must buys
Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki
RM35
Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki Image
Language: Malay
Author: Mat Rofa Ismail
Mat Rofa Ismail, a mathematician who applies his skills in critically analyzing history, reveals surprising findings and information about the Islamic civilization, especially the Ottoman Empire and the Islamic Malay civilization
Sejarah yang benar tidak semestinya sejarah yang rasmi. Sejarah yang rasmi pula tidak semestinya benar. Analisis dan kajian perlu dilakukan bagi memisahkan antara fakta yang sahih daripada catatan palsu.
Buku ini adalah sebuah catatan perjalanan penulis menyelusuri lipatan sejarah hebat hubungan Kerajaan Islam Turki dan Alam Melayu, yang disembunyikan!
Hubungan Turki-Melayu bukan sahaja hubungan diplomatik tetapi hubungan iman, jihad dan persaudaraan Islam. Turki sebagai pelindung umat Islam menganggap Alam Melayu sebagai sebahagian induk wilayah Islam keseluruhannya. Sejak zaman Sultan Sulaiman Agung, bahkan lebih awal, bantuan ketenteraan telah dihantar oleh Uthmaniyyah bagi membantu umat Islam Alam Melayu menentang Portugis. Kemudian, ketika pemerintahan Sultan Abdul
Hamid II, bantuan ketenteraan turut dihantar ke Alam Melayu bagi menentang Belanda dan British. Ramai tentera Uthmaniyyah yang berjuang di Tanah Melayu menentang Portugis dan Siam tidak pulang kembali ke Turki, sama ada mereka gugur syahid atau meneruskan kehidupan di sekitar wilayah Patani. Patani adalah penempatan Melayu yang terlepas ke tangan Siam akibat permainan politik British-Siam.
Membongkarkan sejarah hebat bangsa Melayu Islam di Tanah Melayu, buku ini bukan hanya membuka mata terhadap penipuan sejarah perkembangan Islam oleh penjajah dan tali barut mereka. Malah memahami keagungan kita melalui sejarah ini, membantu membina jati diri dan kesedaran kepada generasi hari ini bahawa mereka adalah bangsa hebat yang pernah melakar sejarah gemilang malah diiktiraf dunia, lalu kegemilangan itu wajar diteruskan.
All Books
Stigma Image
Stigma
Language: Malay. Cerita ini unik kerana topik ini agak taboo dalam kalangan masyrakat Melayu. Ia menampakkan perspektif dari golongan LGBT itu sendiri. Mengisahkan tentang dua orang insan yang mempunyai minat kepada jantina yang sama dengan... Read More
Asbabun Nuzul: Edisi Kemas Kini Image
Asbabun Nuzul: Edisi Kemas Kini
Language: Malay Author: Zulkifli Mohd Yusoff, Muhammad Mukhlis   Memahami peristiwa, memandu pentafsiran. Buku Asbabun Nuzul: Sebab-Sebab Turunnya Aya... Read More
Mustafa Kamal Ataturk Image
Mustafa Kamal Ataturk
Language: Malay Author: Abdul Latip Talib A historical noverl book about Mustafa Kamal Ataturk, the man who destroyed the Islamic caliphate institution. Mustafa Kamal Ataturk adalah bapa sekularisme Turki. Lelaki yang... Read More
Asbabun Nuzul: Edisi Kemas Kini Image
Asbabun Nuzul: Edisi Kemas Kini
Language: Malay Author: Zulkifli Mohd Yusoff, Muhammad Mukhlis   Memahami peristiwa, memandu pentafsiran. Buku Asbabun Nuzul: Sebab-Sebab Turunnya Aya... Read More
Sale
Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh (Hardcover) Image
Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh (Hardcover)
Language: Malay Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Kitab ini mendapat kedudukan tinggi... Read More
RM120RM102
Falsafah Hidup -HAMKA Image
Falsafah Hidup -HAMKA
Language: Malay Author: Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA) Review Penulis Website: Antara buku terbaik yang pernah dibaca. Sebuah buku yang membuka dimensi-dimensi pemikiran dan mengajak pembaca menilai semula kehidupan. Ia membawa ma... Read More
Quran Saintifik Edisi Kemas Kini Image
Quran Saintifik Edisi Kemas Kini
Language: Malay Author: Dr. Danial Zaibal Abidin Buku perlu milik oleh semua yang cenderung untuk memahami kefahaman yang lebih tinggi terhadap al-Quran dan alam semula jadi. Sains dan Islam memang tidak dapat dipisahkan. Hal ini diseba... Read More
Nik Abdul Aziz Nik Mat: Pemikiran dan Kebijakan Berpolitik Image
Nik Abdul Aziz Nik Mat: Pemikiran dan Kebijakan Berpolitik
Language: Malay Author: Annual Bakri Haron Sesungguhnya, menelusuri tentang pemikiran dan kebijakan kepimpinan Nik Abdul Aziz lewat buku ini bagaikan berkisah tentang hikayat seribu satu malam. Ini bukan justeru kisahnya bersifat terapung ... Read More
Setia Dengan Kebenaran Image
Setia Dengan Kebenaran
By: Hasrizal Abdul Jamil Language: Malay Buku Setia Dengan Kebenaran adalah kumpulan artikel bernada travelog santai berinitipatikan persoalan yang serius dan isu yang rumit. Penulis merungkai, mengkritik, memberikan pandangan berkaitan isu... Read More
Karma (Sekuel dari Novel Stigma) Image
Karma (Sekuel dari Novel Stigma)
Language: Malay. Sekuel kepada Novel Stigma oleh Muharikah. Watch the trailer: https://youtu.be/xO4IeoiGjuc
Hiatus Image
Hiatus
Langguage: Malay. Penulis: Budak Tomato. Hidup ini perjalanan yang akhirnya bukan pada mati. Buku ini baris-baris tulisan pada kamu, Tapi setiap baris-baris ini ibarat garis-garis luka torehan pada lengan dan peha aku. Buku ini sekadar bu... Read More
Sultan Muhammad Al Fateh: Edisi Ke-2 Image
Sultan Muhammad Al Fateh: Edisi Ke-2
Language: Malay Author: Abdul Latip Talib Sinopsis Novel ini sudah disemak faktanya oleh Panel Penyemak daripada Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universit... Read More
Must buys
Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki Image
Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki
Language: Malay Author: Mat Rofa Ismail Mat Rofa Ismail, a mathematician who applies his skills in critically analyzing history, reveals surprising findings and information about the Islamic civilizati... Read More
Sign Up & Get Free Ebook
Get up-to-date with new articles and get a free Ebook entitled "How to find your 'why' in being a Muslim"- Must read for both Muslims and non-Muslims to set on a quest to discover meaning in life.
I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
Powered by Optin Forms