Skip to content

Hakikat Gelap Kemerdekaan Malaysia [Khas Hari Merdeka]

31 Ogos tarikh semua orang Malaysia tahu- ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-61. Kebebasan dan hak yang kita nikmati hari ini tidak datang dengan bergolek begitu sahaja, tetapi dengan hasil usaha yang gigih bapa-bapa kemerdekaan kita.

Namun, adakah hakikat tentang kemerdekaan Malaysia adalah 100% indah?

Memang benar, adalah sangat indah, bahawa kita dapat menikmati merdeka hari ini, dan tentunya perjuangan kemerdekaan ini bukanlah suatu yang senang dicapai. Tidak sekali.

Namun, malangnya, perjuangan merdeka bukanlah perjuangan atas nama Islam yang sebenar. Adalah sangat salah jika kita menyatakan perjuangan menuntut kemerdekaan adalah perjuangan Islam yang suci dalam mempertahankan agama dan bangsa. Sebaliknya, perjuangan kemerdekaan hanyalah perjuangan mempertahankan bangsa sahaja.

Kita boleh lihat dari pelbagai perspektif, mengapakah perjuangan merdeka bukan berasaskan perjuangan Islam, kalau ya pun, hasil perjuangan merdeka bukanlah objektif Islam yang hakiki.

1. Perspektif Sejarah 

Orang yang pandai menilik sejarah, mengetahui bahawa penjajahan Barat besar-besaran yang berlaku dari abad ke-16 hingga abad ke-20, bukanlah sesuatu yang berlaku sia-sia. Tujuan utama penjajahan Barat adalah bertujuan menyebarakan ‘agama’ atau sistem hidup mereka kepada manusia serata dunia, sekaligus menghancurkan umat Islam yang berdiri kuat zaman itu.

Peta kolonisasi Barat pada tahun 1914 (Perang Dunia Pertama)

Ianya bermula dengan zaman Renaissance (zaman kebangkitan Eropah), sekitar abad ke-15. Di Eropah, revolusi kemanusiaan, seni, sains, pelayaran, industri, dan macam-macam lagi berlaku pada zaman itu. Kenapa? Kerana mereka sedar, sebelum itu mereka sangat mundur apabila melihat keagungan Tamadun Islam yang sedang menerajui dalam pelbagai bidang.

Pelayaran dan penjajahan juga bermula pada waktu yang itu. Untuk apa? Bukan main-main sahaja, bukan untuk lada dan tin sahaja, tetapi objektif lebih besar adalah untuk menghancurkan tamadun Islam, sekaligus menggantikan sistem Islam dengan sistem buatan manusia mereka yang zalim. (man-made, not revelation)

Pelayaran yang mereka kata sebagai perdagangan, sebenarnya membawa misi yang jelas, yaitu untuk pendudukan (penjajahan). Kita katakan demikian kerana ada beberapa bukti, antara lain: kapal-kapal dagang mereka dilengkapi dengan meriam dan pasukan tentera. Mereka membawa 3 misi utama dalam pelayaran dan penjajahan mereka yang dapat disimpulkan dengan 3G: Gospel, Gloria dan Gold. [1]

Bermula dengan penaklukan kota umat Islam di Granada pada tahun 1492. Kemudian, penaklukan Goa, India oleh Alfonso de Alburqueque, seorang panglima Portugis yang terkenal. Alburqueque meneruskan penjajahannya ke Melaka untuk menghancurkan cahaya nabi Muhammad di bumi Melayu itu.

Image result for alfonso de albuquerque

Sebelum penyerangan dilakukan, komandan Portugal, Alfonso de Albuquerque, berkata pada pasukannya:

“Pelayanan agung yang bisa kita persembahkan pada tuhan adalah saat kita dapat mengusir kaum muslimin dari negeri ini dan memadamkan api para pengikut Muhammad agar tidak menyala lagi untuk selama-lamanya…” [2]

-Alfonso de Albuquerque, panglima Portugis

Di situlah bermulanya penyebaran ideologi Barat di Asia Tenggara, untuk menggantikan sistem hidup Islam (bukan hanya agama) dengan sistem hidup mereka yang sekular*.

Empayar Turki Uthmaniyyah pada zaman tu merupakan pusat semua kerajaan Islam di seluruh dunia. Semua kerajaan Islam lain seperti Melaka, Andalusia, Aceh, kerajaan-kerajaan Islam kecil di Asia, bernaung di bawah Empayar Tukri Uthmaniyyah [3]. Eropah menghancurkan kerajaan-kerajaan kecil ini terlebih dahulu sebelum menjatuhkan “big boss” Islam, yaitu tukri Uthmaniyyah, pada tahun 1922.

kejatuhan kerajaan uthmaniyah
Sultan terakhir, Sultan Abdul Hamid II, dibuang negeri pada tahum 1922, menandakan berakhirnya khilafah Islam di muka bumi ini.

1922 menandakan tahun kegemilangan orang-orang Barat dalam usaha mereka memadamkan cahaya Islam dan membiarkan orang Islam seperti anak ayam kehilangan bapa, kerana kehilangan ketua bagi seluruh umat Islam. Di situlah British memasukkan elemen kafir mereka yang dinamakan sekularisme, sama seperti di Malaysia, hanya di Malaysia ‘sekularisme-nya’ tidak jelas kelihatan, tetapi wujud.

Dah dapat seluruh dunia Islam dengan penjajahan, adakah British and the gang nak senang-senang sahaja memberikan kemerdekaan? Barat tak akan sesekali redha untuk orang Islam bina balik suatu negara Islam yang berlandaskan sistem yang Allah turunkan (Al-quran dan As-sunnah). Objektif mereka dari awal lagi adalah untuk menghancurkan negara Islam. Jadi apa British and the gang buat?

Kalau mereka tak boleh jajah secara fizikal, mereka jajah secara mental. Dengan rencana ini, orang akan lihat Barat sebagai kawan mereka. 

Senang sahaja apa yang British buat. Mereka tipu je kita. British beri kita kemerdekaan -dengan syarat- kita guna balik sistem politik, kehakiman, undang-undang, dan kewangan yang mereka bawa ke sini melalui penjajahan (baca: penjajahan proksi). Amboi. Kau datang sini tak diajak, paksa kita guna sistem politik kau, lepastu hanya jika kita setuju kau nak beri kemerdekaan. Itu bukan kemerdekaan namanya!

Ini adalah sangat jelas dilihat, yang kita dan seluruh ‘negara Islam’ lain masih mengambil sistem (baca: deen) Barat. Asas kepada undang-undang Malaysia bukanlah Islamic Law, sebaliknya, yang menjadi asas kepada undang- undang kita di negara ini ialah Common Law, yaitu undang-undang yang prinsip-prinsipnya berasal dari England. [4]

Begitu juga dengan Indonesia, Turki, Pakistan dan lain-lain.

Perlulah kita sedar bahawa kemerdekaan yang kita capai hari ini, dalam konteks Islam, adalah hanya sekadar ilusi. Kalau dalam konteks bangsa, ya, memang orang Melayu merdeka kerana mendapat pelbagai keistimewaan dan kesenangan pada hari ini. Tapi bukan dari segi Islam, kerana hukum Islam tidak lagi terlaksana dan tidak diletakkan sebagai undang-undang tertinggi. 

2. Method mencapai kemerdekaan.

Jika kita melihat method para pejuagan kemerdekaan (terutamnya UMNO) dalam mencapai kemerdekaan, adalah sangat berbeza dengan cara Rasulullah saw berjuang mendirikan negara Islam Madinah. Madinah bukanlah dicapai melalui kemerdekaan daripada Quraisy, kerana jika hanya meminta kemerdekaan dari Quraisy, akan terjadi penukaran tradisi dan kepercayaan antara orang Islam dan musyrikin Mekah, seperti apa yang berlaku di negara kita pada hari ini, kita hanya menerima personal law untuk berada di bawah kuasa mahkamah syariah. Sedangkan dalam Islam tidak boleh ada percampuran antara hak dan bathil. Kita telah mencampur yang hak dengan yang bathil.  Sebab itulah turunnya surah Al-Kaafirun untuk menegaskan yang sistem Islam langsung tidak boleh dicampurkan dengan sistem kafir.

Image result for peperangan nabi

Rasulullah berhijrah ke Madinah untuk membina negara Islam. Baginda dan sahabat telah melalui pelbagai peperangan untuk mempertahankan Islam. 

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 2 : 216)

Kewajiban perang, dan sunnah nabi yang melalui perang, menyatakan bahawa akan tiba masanya kerajaan perlu mengangkat senjata untuk pertahankan Islam. Tanpa perang, tidaklah mungkin hukum Islam dapat dilaksanakan. Adalah menjadi sunnatullah dan fitrah untuk melalui perang bagi menegakkan deen Islam.

Kemerdekaan negara kita tidak melalui perang, tetapi melalui rundingan dengan British. Sebab itulah Islam di Malaysia sekarang juga adalah ‘Islam rundingan’.

Kesimpulan

Kita perlu fikir balik dan bermuhasabah, apakah objektif kita sebagai umat Islam, dan adakah objektif itu telah tercapai? Haruskah kita bersenang dalam nikmat kemerdekaan ini dan melupakan objektif kita sebenar-  adakah untuk kemerdekaan bangsa, atau, untuk penegakkan din Ilahi di muka bumi ini?

Bukan saya hendak kata salah untuk merdeka. Tetapi sesuatu wajib dilakukan dengan kemerdekaan yang kita ada pada hari ini. Apakah yang kita lakukan dengan kemerdekaan hari ini untuk berjihad di jalan Allah? Selama ini kita merdeka, hidup senang, di manakah usaha untuk menegakan hukum-hukum Allah? Yang kita nampak hari ini hanya ahli politik bergaduh tak tentu arah dan masyarakat marah kerana isu penggunaan kalimat Allah di dalam Bible.

Adakah kemerdekaan yang kita nikmati hari ini sebuah nikmat dari Allah ataupun sebuah ujian berbentuk nikmat?

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan.”
 (Qs. al-Anbiya’: 35).

_________________________
* Walaupun pada asalnya matlamat Barat menjajah Tanah Melayu adalah untuk menyebarkan Kristian dan bukan menyebarkan sekularisme, namun selepas zaman Reformasi, Eropah mula menerima sekularisme sebagai cara hidup mereka, malah mereka mengatakan bahawa sekularisme itu tidak lari dari ajaran Kristian. Kuasa Barat mula menyebarkan ideologi sekularisme selepas itu, seperti yang itu boleh lihat apa yang berlaku kepada Turki zaman Mustafa Kamal Attaturk.

[1] Ibnu Bahasan (2010)  “Halumma Ila Mardhatillah Mari Menuju Ridah Allah” pg.65
[2] Qasim A. Ibrahim, Muhammad A. Saleh (2014) “Buku Pintar Sejarah Islam” pg.1058
[3] Mat Rofa Ismail (2015) “Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki
[4] Wan Arfah Hamzah (2009) “A First Look At The Malaysian Legal System”

Enjoyed the Article?

You'll receive an email the next time I publish quality content

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Powered by Optin Forms
Published inBahasa MelayuFinding IslamHistory

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *